SUBANG JAYA: Polis memaklumkan kereta jenis Toyota Vellfire warna hitam milik pelakon Rozita Che Wan yang hilang awal pagi Selasa telah dicuri dua suspek.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Mohammad Azlin Sadari berkata, hasil pantauan kamera litar tertutup CCTV di tempat kejadian mendapati suspek merempuh palang parkir sebelum melarikan kenderaan tersebut.
"Melalui rakaman CCTV kami dapati terdapat dua suspek mencuri kereta Vellfire itu kira-kira pukul 4 pagi tadi (Selasa).
"Suspek yang membawa kenderaan tersebut telah melanggar palang parkir tetapi menerusi rakaman tersebut wajah suspek kurang jelas.
Kereta Vellfire yang hilang.
“Namun kami sedaya upaya mengenal pasti suspek yang terlibat,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang di sini pada Selasa.
SILA KLIK: Malang Nasib Che Ta, Kereta Vellfire Hilang Dicuri
ACP Azlin turut meminta orang ramai yang mendapat informasi mengenai kereta dengan nombor pendaftaran WWQ 93 supaya menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan.
Selain kehilangan kereta yang dianggarkan bernilai RM200,000 itu, terdapat beberapa barang berharga milik Rozita yang berada di dalam kereta itu seperti beg tangan dan kasut turut yang turut dilarikan.
Terdahulu, pengurus Rozita, Afiq Wahab memaklumkan Che Ta menyedari kehilangan kenderaan itu apabila dia hendak keluar dari rumahnya di USJ Subang dekat sini.