Wednesday, 10 August 2016

Filled Under:

GANGGUAN MISTERI DI SUNGAI NIBONG!!!! PENDUDUK MENDAKWA SERINGKALI TERDENGAR DENGKURAN YANG KUAT DI BELAKANG RUMAH!!!!!...AMAT MENYERAMKAN...!!!

Bayangkan jika pada tengah malam anda sedang menunggang motosikal seorang diri, tiba-tiba motosikal anda terasa berat seperti ada 'benda' membonceng di belakang. 

Gangguan Misteri Di Sungai Nibong

Itu antara gangguan misteri yang dialami penduduk di Kampung Batu 23 Sungai Nibong, Sungai Besar.

Ada penduduk mendakwa mereka sering diganggu pocong di simpang jalan dan belakang tandas selain mendengar dengkuran di belakang rumah pada waktu malam.

Penduduk, Mohd Hafiz Ridzuan, 25, berkata, pengalaman terserempak lembaga berkain putih seperti pocong berdiri di tepi pokok jenjarum ketika menunggang motosikal bersendirian menjadi pengalaman ngeri yang tidak boleh dilupakannya.

Menurutnya, kejadian kira-kira jam 10 malam, ketika dia ingin pulang ke rumah yang terletak kira-kira 100 meter dari tempat kejadian selepas bertemu rakan-rakannya di pantai berhampiran.

“Lepas solat Isyak di masjid, saya jumpa kawan-kawan... tapi sebaik nak belok ke simpang empat balik ke rumah, saya nampak ada lembaga berkain kafan dengan kesan tanah. 

"Kecut perut saya... cuba juga pecut motosikal tapi rasa berat sangat macam ada makhluk yang duduk di belakang," katanya.

Sejak peristiwa itu katanya, dia tidak lagi berani pulang lewat malam.

“Hanya ALLAH yang tahu perasaan saya masa tu. Saya terus masuk rumah tanpa toleh ke belakang,” katanya.

Dengar bunyi dengkuran

Sementara itu, seorang penggali kubur, Kamarulzaman Mat Zin, 43, berkata, dia dan keluarganya pernah terdengar bunyi dengkuran kuat di rumahnya selama tiga hari berturut-turut.

Menurutnya, dengkuran itu mula kedengaran sekitar jam 10 malam hingga 3 pagi hingga menyebabkan mereka sekeluarga ketakutan.

“Bunyi dengkuran tu lama sangat dan memang menakutkan kami. Lagipun, sepanjang duduk sini, tak pernah ada gangguan macam ni.

"Tapi kejadian ni memang buat hidup kami bercelaru," katanya.

Dia berkata, terdapat lebih 20 penduduk kampung datang ke rumahnya pada waktu malam untuk menyaksikan sendiri kebenaran cerita itu, namun mereka tidak mendengar suara pelik terbabit ketika berada di luar.

“Ada beberapa penduduk yang masuk dalam rumah saya cakap memang dengar bunyi suara, tapi di luar tak dengar pula bunyi," katanya. 

Penggali kubur kena fitnah

Gangguan Misteri Di Sungai Nibong [3]
Kamarulzaman mendakwa mereka dihantui bunyi dengkuran berdekatan rumah.

Dalam pada itu, Kamarulzaman menyuarakan kekesalan apabila difitnah menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook, kononnya mencuri tali pengikat kafan dan kapas pada hidung mayat penduduk kampung berkenaan. 

"Semua ni fitnah semata-mata... takkanlah saya tak tahu hukum agama sampai tergamak nak curi semua tu.

"Pelbagai andaian dibuat sampai timbul fitnah yang mengatakan saya curi kelengkapan mayat sebab nak kaya dan sebagainya

“Kejadian gangguan ni memang berlaku, tapi tuduhan itu tak berasas. Saya buat kerja gali kubur ni ikhlas kerana ALLAH, malah bila dengar ada orang meninggal dunia, saya sanggup henti sementara kerja dan terus turun ke kubur," katanya.

Nampak makhluk berbungkus kain putih

Kakak Kamarulzaman, Zainab Mat Zin, 52, berkata, dia yang tinggal berjiran dengan adiknya tergamam ternampak kelibat makhluk berbungkus kain putih ketika ingin membuang air di tandas di belakang rumah.

“Saya nampak depan mata sendiri... masa tu saya minta anak lelaki teman ke tandas, tapi saya tak nak cakap apa-apa masa tu sebab risau anak takut.

“Bila masuk semula ke rumah, saya jadi takut sebab dengar bunyi suara kuat dari luar rumah,” katanya.

Jumpa longgokan kain putih 

Bagi Baharudin Mat Zin, 48, penemuan longgokan kain putih berhampiran pokok buluh ketika dalam perjalanan pulang ke rumah sehingga kini masih menjadi misteri.

“Lepas balik dari laut saya terus ke rumah... masa tu saya nampak banyak kain putih atas jalan.

"Tapi bila saya lalu jalan itu esoknya, kain itu dah tak ada,” katanya.

Hamid Arshad, 73, pula berkata, walaupun tidak menjadi mangsa gangguan itu, namun dia mengakui kali terakhir menemui makhluk tanpa kepala ketika pulang dari masjid Disember tahun lalu.

"Saya sampai demam dua minggu... saya tak boleh makan dalam 19 hari sejak jumpa makhluk tu. Pernah juga saya ditumpang makhluk halus menyerupai isteri naik motosikal.

“Sampai di rumah, dia ikut tepi rumah tapi bila saya masuk isteri ada di dalam. Tapi misteri gangguan kali ni, nampaknya lebih ngeri dari apa yang saya jumpa dulu,” katanya

Perlu kuatkan iman

Gangguan Misteri Di Sungai Nibong [2]
Mohd Hafiz menunjukkan lokasi dia menjumpai lembaga berkain putih.

Sementara itu, Nazir Masjid As-Sirat Batu 23 Sungai Nibong, Sakip Mansor meminta orang ramai tidak mudah percaya cerita terjumpa makhluk halus yang tersebar.

Menurutnya, penduduk juga dinasihatkan tidak menyebarkan cerita tersebut yang belum tentu sahih kerana ia bukan sahaja boleh menimbulkan fitnah, malah mengganggu ketenteraman penduduk. 

“Kiita tak nafikan kewujudan makhluk halus tapi jangan terlalu mudah percaya cerita khurafat sebegini dan jangan sebarkan cerita tu dengan mengaitkan nama individu tertentu sebab dikhuatiri timbul fitnah dan aib,” katanya.

Beliau menasihatkan masyarakat bertenang menghadapi situasi itu dan kembali mendekatkan diri dengan ALLAH SWT. 

“Saya harap, isu ini reda dan tidak lagi diperbesarkan, kuatkan iman dan bersandar kepada ALLAH,” katanya.

Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/2016/05/gangguan-misteri-di-sungai-nibong.html#ixzz4Gz3l2f4W 
Follow us: @SentiasaPanas on Twitter | SentiasaPanas on Facebook