Friday, 12 August 2016

Filled Under:

Lelaki Ini Bina Landasan Kereta Api Pribadi Keliling Rumah..ANDA BOLEH MELAWAT RUMAH INI...TAPI ADA SYARAT....



Sebuah rumah di pinggir Sherwood, Oregon, Amerika Syarikat seolah-olah menjadi salah satu harta sangat menarik. Ini kerana rumah milik Todd Miller ini mempunyai tanah yang cukup luas sekitar 8 hektar dengan sistem laluan kereta api peribadi.

Tidak hanya mempunyai laluan kereta api, Todd pun bahkan membina kereta api wap sendiri berukuran mini yang boleh dinaiki mengelilingi kawasan persekitaran rumahnya.

Kawasan rumah yang dikelilingi laluan kereta api sepanjang 3.3 kilometer dengan 0,12 kilometernya merupakan terowong buatan. Todd memulakan hobinya semasa berumur lima tahun di mana ia mendapatkan mainan kereta api pertama kali.

Uniknya kereta api buatannya memerlukan batu arang agar dapat begerak. Todd mengaku memerlukan waktu 8 tahun untuk membuat kereta api wap lengkap dengan serombongnya. Menurutnya, Kereta Api yang dia buat ini mampu menarik penumpang hingga 30 ke 40 orang.

Selain itu untuk menambah pengalamannya memandu dalam kereta api zaman dulu, Todd pun membuat model stesen berdasarkan model tahun 1930-an dan 1940-an. Todd merancang akan membuat kebun anggur di tanah yang yang luas.