KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun hilang ketika bermain di kediamannya di Perumahan Awam Jinjang pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy berkata kanak-kanak itu, Noor Amila Edrus Norsham kali terakhir dilihat berada di kawasan surau yang terletak kira-kira 20 meter dari kediamannya pada pukul 7 malam.
"Sehingga pukul 8 malam semalam, bapa mangsa Norsham Jali mendapati anaknya masih belum pulang.
"Beliau kemudian membuat laporan polis kerana khuatirkan keselamatan anaknyaitu," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Munusamy berkata orang ramai yang melihat kanak-kanak berkenaan diminta menghantarnya ke balai polis terdekat.
Sementara itu, Norsham, 63, berkata Noor Amila Edrus akan pergi ke surau berdekatan rumahnya setiap kali waktu solat untuk berjemaah.
Katanya anak kelapan daripada sembilan beradik itu kali terakhir dilihat kesurau berkenaan memakai baju belang berwarna merah, kuning dan hijau.
"Setiap kali dia pergi dan balik dari surau akan ada orang hantar... orang surau di sini memang sangat mengenali anak saya.
"Namun, selepas waktu maghrib semalam dia tidak pulang ke rumah seperti biasa mengakibatkan kami berasa sesuatu yang tidak kena," katanya.
Orang ramai yang melihat Noor Amila Edrus boleh menghubungi ibu bapanya ditalian 012-32512014 (Norsham) dan 018-2155363 (Nursharmila).-Bernama