Tajuk nak gempak je… korang tak baca memang rugi. Hahaha. Lama tak tulis status panjang2 macam ni. Bukan selalu ada masa. Sebut je durian, semua malaysian tahu buah apa tu. Mesti ramai yang kaki makan durian, tapi tak ramai yang tahu tips2,trick dan cara untuk mengelakkan ter’kena’ masa nak beli durian.
Saya ni, involve dengan aktiviti pen’durian’an ni tak laa lama sangat… Ada la dalam 10 tahun, sebab dulu2 time kecik selalu tolong abah meniaga durian since darjah 4 lagi. Minat tu dah diterapkan sejak kecik lagi dengan meniaga durian ni. Walaupun abah dulu keja gomen, bila mai musim durian ni, anak sulung laa selalu jadi mangsa… huhu.
Dalam ramai2 kaki Durian ni ,mesti tau kenapa durian balik pulau power. Sebabnya durian balik pulau ni terletak di pulau, iklim dia lain sikit, bercampur dengan bayu laut dan darat serta kondisi tanah dia yang unik. Sebab tu buah balik pulau jadi kegemaran orang2 utara especially orang penang. Kalau orang yang tak berkira duit ringgit ni, takde hal la nak beli durian kampung ni. Itu belum lagi spesis hybrid ataupun kahwin macam udang bakar, lipan bara,ang he,Ho lor,101,24 dan macam2 lagi sebutan chainis yang saya x reti sebut.
Contoh sebakul 50kg
Buah Durian Batu Kurau tak kurang hebatnya, sekarang ni viral buah batu kurau tengah murah. Selonggok rm 20 pulak tu. Hentikanlaa…kalau selonggok 5 biji rm 20 aku pecaya. Tapi selonggok rm 20 buah menimbun2. Tolong jangan percaya. Penat je datang jauh2 tapi harga lain.Kalau dulu buah2 ni disupply menggunakan sukatan rangkap. 1 rangkap rm 5, contoh 1 rangkap ialah selonggok 4-6 bijik. Sekarang orang kampung pun dah pandai2 … Hahaha. jual pakai kilo je. Tolong selidik dulu. Yang menimbun2 ni peraih2 dah standby untuk pemborong yang datang dengan lori ber tan tan. Supplier yang top pulak kat batu kurau ni, pak long mie, pak ya@pak yeh (pakai kain pelikat porch bag keliling pinggang) n ada 2 3 org lain lagi.
Buah durian ni mengalami 3 musim, permulaan, pertengahan dan penghujung. Sekarang ni buah batu kurau tengah mengalami buah penghujung. Mungkin bertahan 2 minggu lagi dari tarikh status ini ditulis, 7/8/2016. Kalau buah permulaan, harga agak keras sikit, sebab tak banyak buah yang gugur, tapi ramai orang teringin buah durian. So harganya boleh tahan.
Tangkai yang fresh, pilih jenis ni
Tangkai kecut. Jangan ambik camni
Bila dah pertengahan, time ni la buah jatuh harga, so boleh la korang serbu n makan sampai panas. Tapi bila dah start buah penghujung, buah akan start mahal balik sebab dah tak banyak buah yang boleh disupply. Saya sendiri kadang tak cukup tangan nak supply buah batu kurau sampai kl. Sebab sekarang buah penghujung, tak banyak sangat. Kalau nak saya supply 200kg ke atas pm saya.
Specialnya buah balik pulau ni, kebanyakannya buah yg berlubang, kita mesti assume dalamnya berulat dan buruk dalamnya. Sebenarnya buah balik pulau ni, kalau luar berlubang tak semestinya dalaman dia rosak. Habis kuat Pun 1 pangsa je yg ada ulat. Tak macam durian yg ada di tanah besar semenanjung. Kalau berlubang, kemungkinan besar dalaman dia rosak bnyak.itu semua atas pengalaman saya, sebab benda dalam ni kita tak tahu. Tak paksa korang percaya, hehe.
Tips-tips nak beli durian
1) Pastikan durian tersebut tak merekah.
Elakkan beli durian yang merekah sebab durian yg dah merekah ni dikhuatiri telah lama, mungkin dah sehari lebih. So dah tak fresh dah. Lagipun, gas2 durian tu dah hilang, so bila makan nanti, ‘uummpphhh’ dia dah takda.
2) Jangan beli durian tangkai yang kecut.
Sebab tangkai yang kecut ni selalunya buah yang lama, mungkin 2 hari.
3) Bau dulu di Buntut durian tu.
Kalau bau sedap , lemak, elokkk… Ambik je. Kalau bau x berapa ada, try pilih yang lain dulu.
4) Goncang durian dulu sebelum beli.
Goncang dulu, baru pilih. Sebab selalunya isi yang tak ‘Mangkaq’ @ keras, kita akan dengar bunyi bergoncang.
5) Suruh tokey durian tebuk dulu durian.
Ini untuk memastikan durian tu kompom masak, tak keras dan colek laa sikit rasa.. kalau saya selalu tebuk dulu kat costumer, biar diorang puas hati.
6) Pastikan duri durian tu keras.
Try rasa duri tu, tekan dgn jari. Jangan cucuk jari dah laaa… Kalau buah tu lama, duri tu akan lembut. Kalau baru lagi, keras laa.
7) Tanya dulu buah tu dari mana
Saja je test tokey durian tu, betul ke durian tu durian setempat. Kot2 la durian siam. Sesetengah orang tak suka durian siam. Tapi kalau test ok, sebat je la.kalau saya, batu kurau n balik pulau is the best.
8) Tanya tokey kalau buah tak masak boleh tukar tak?
Kalau tokey yang jujur, nak pelanggan dia datang lagi beli durian, dia akan bertanggungjawab ganti balik durian tu kalau buruk atau keras. Sebab kita jual durian nak bagi orang makan. Ini beli mahal2, nak makan tak boleh, last2 dapat sumpah seranah je… Belum lagi costumer datang lempar durian mangkaq depan kedai. haha. Saya jual selalunya berlapang dada tukar buah yang tak elok. Costumer kena jaga hati jugak.
9) “Saya nak buah isi kuning!”
Kalau korang nak buah yg isi kuning, bagi tau je tokey tu. Kalau dia berpengalaman, senang je dia pilih. Kalau dia kata tak tau… Nasib lah. Haha. Korang suruh dia potong sikit tangkai buah tu. Ada nampak urat2 kat tengah2 tangkai tu, kalau kaler kuning sikit, inshaAllah dlm tu kuning. Kalau tak, mungkin putih.
10) Jangan takut nak ambik buah yang ada getah kat bawah buah.
Sebenarnya, tokey durian letak getah sebab nak mengelakkan durian tu merekah je.
11) Pilih buah yang bentuk macam jantung.
Selalunya buah yang bentuk jantung ni, isi dia memang elok. Susah la nak jumpa yang problem.
12) Pilih buah yang berduri halus tajam atau duri besar tumpul.
Selalunya jenis ni tak pernah mengecewakan.
13) Pilih buah yang bertangkai panjang.
Pilih jenis ni, selalunya buah tangkai panjang sentiasa memberikan kejutan pada kita. Huhu… (Ini serius).
14) Elakkan beli di pasar malam.
Bukan nak tutup periuk nasi peniaga pasar malam. Tapi, contohnya kita beli durian di pasar malam, tiba2 dapat buah tak elok, esoknya kita nak tukar. Pasar malam tak ada dah, kena tunggu minggu depan pulak. Beli la kat peniaga yang jual tetap di suatu tempat.
Tu je la yang mampu saya kongsikan. Ilmu ini untuk dikongsi, tak luak pun. Kalau korang ada ilmu lain yang nak dikongsi jangan la segan2. Tak ke mana pun tips2 ni, saya pun belajar dgn org lama. Penjual durian pun manusia macam kita, depa ni berniaga , kalau kita terbeli buah yang tak elok , jangan marah2. Try settle pi tunjuk kat tokey durian . Kadang2 tu buah yang dia jual tu bukan buah dia, dia pun ambik kat peraih. Ikut budi bicara pembeli dan penjual. Ok jom tips lain pulak.
Jom jual durian!
Sementara tinggal 2-3 minggu je lagi musim durian ni , apa kata jom jual durian. Time ni la kita nak cari duit lebih. Jangan peduli orang lain nak kata apa, bukannya diorang yang bagi duit kat kita. Rezeki Allah tu luas. Sesiapa yang berusaha pasti berjaya. Saya yang kerja kapal ni pun bila sign off mesti gian nak supply durian. Berniaga tu sunnah, banyak cara kita boleh pelbagaikan kalau nak cari duit dengan durian ni.
Dulu2 start macam ni laaa, sumbat penuh kereta iswara
Contoh kalau nak berniaga durian
Try kumpul order untuk orang pejabat anda, collect order, sorang nak berapa kilo. Then kumpul, katakanlah anda berjaya kumpul 20 orang nak makan durian. Agak2 dalam 100kg, then kautim la dengan saya. InshaAllah boleh supply punya. Korang nak mark up ke apa, saya tak nak campur. Hahahaha.
Sesiapa yang rapat dengan khariah masjid korang, sembang2 laaa nak tak buat makan2 durian kat masjid. Confirmkan nak order berapa kg. Kawtim dengan saya.contoh nak buat kenduri kat masjid 300kg, Dapat dah mkan atas angin.huhu.
Kalau nak berniaga durian tepi jalan xde hal, memang orang akan serbu. Yang penting korang minat dan serius je. Kalau tak burn je duit korang. Berniaga jenis ni korang akan jumpa macam2 ragam manusia. Jangan risau, saya akan perturun ilmu semuanya yang saya ada. Feel free to whatsapp me.
Sori ye… Bukan selonggok rm 20. Semuanya timbang kilo. Elakkan ditipu penviral
Sedikit tips nak berniaga
Pilih tempat yang strategik dan tumpuan ramai orang. Seelok2nya kawasan taman atau penempatan yang padat dengan penduduk.
Kalau nak best, berniaga di pasar malam. Orang kerumun lain macam sikit. Tak menang tangan kang.
Tak banyak benda yang diperlukan kalau nak jual durian. Contohnya, meja, khemah, sarung tangan, pisau n plastik je.
Kena ada knowledge skit pasal durian ni. Kalau costumer tanya tak la terkial2. Sesiapa nak try meniaga, kawtim dengan saya, nanti saya supply buah durian n share ilmu sekali. Saya suka tengok orang muda2 berniaga.
Meniaga ni kena jujur, kalau buah tu keras, cakap keras. Kalau buruk bagitau buruk. Kalau tak orang tak datang kat kita lagi. Nak2 pulak sekarang ni zaman viral, mampuslah korang.
Meniaga ni start dulu biasa2, jangan la start2 besar terus. Melainkan korang memang power basic berniaga jalanan ni.
Kalau korang ada kenderaan besar macam van ke pikap ke lori ke lagi cun…. Saya start dulu pun dengan kereta iswara sedan full bonet dengan durian. Buat rilek je. Jangan sayang sangat kereta tu, gunakan sepenuhnya.