Wednesday, 10 August 2016

Filled Under:

PANAS!!! PANAS!!!!....ADEGAN PANAS: SUAMI SHARIFAH SAKINAH TAK KISAH?...CAKAP JER TAK KISAH TAPI SEBENARNYA.....

Walaupun mempunyai adegan panas seperti aksi rogol dan beberapa babak ghairah yang dilakonkan dalam filem Pekak, pelakon Sharifah Sakinah menjelaskan bahawa suaminya memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon.
“Alhamdulillah suami seorang yang sporting. Waktu menjalankan penggambaran filem Pekak dia datang dan dia pula bagitahu apa yang patut saya buat. Lagipun dia suka filem, sebab itulah dia kahwin dengan pelakon meskipun dia seorang juruterbang”
“Semua itu lakonan, kita membawa watak orang lain dan itu adalah cabaran sebagai seorang pelakon. Itu semua ialah penerimaan orang ramai. Sebenarnya nak ke atau tak nak mereka tengok juga”
“Cuma kita tak boleh nak sebut pasal agama sebab perkara itu sensitif sangat. Selagi keluarga saya, keluarga mertua dan suami okay, tidak ada masalah,” katanya kepada Rotikaya.
Sementara itu, Sharifah juga dalam masa yang saa tidak menolak sekiranya dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat selain menjelaskan bahawa dia lebih selesa menjadi dirinya walaupun mengetahui tidak semua individu akan bersetuju dengan apa yang dilakukannya