Thursday, 11 August 2016
Filled Under:
YAALLAH KEMANAKAH HILANG SIFAT KEMANUSIAAN??? "Sampai Hati Kau Santau 'Housemate' Kau Sendiri Sampai Dia Mati''
Posted By:
Unknown
on 17:39:00
Salam alaikum, saya sekadar ingin berkongsi apa yang berlaku pada kawan tempat belajar saya dulu. Cukuplah sekadar saya menggelarnya Imah. Imah seorang student yang pandai dan rajin, lecturer semua suka dengan Imah ni.
Badan Imah ni gempal sikit tapi gempal tak membuktikan otaknya juga gempal sebab setiap sem dia selalu dapat dean list. Sem 1 hingga sem 4, Imah ada dalam rangking yang top student juga la. Tamat sem 4 semua balik cuti sem.
Then bila tamatnya cuti sem 4, semua balik hostel. Lepas dua minggu sesi PnP, Imah still tak kelihatan. Saya anggap Imah mungkin lajak cuti kot. Lupa nak bagitau, saya seorang lelaki dan pengamal rawatan Islam. Ada satu hari tu Imah masuk ke kelas, tapi lain gila rupa Imah. Kurus cengkung, tapi senyuman dia saya ingat, betul la tu Imah. Waktu itu saya rasa ada sesuatu yang tak kena.
Satu hari, Imah ada hantar mesej
“Boleh tolong check badan Imah tak ? Imah rasa macam tak kena dengan badan ni”
Saya tanya dia rasa macam mana.
Imah kata malam tiba dia jadi takut, dia selalu nampak kelibat dalam bilik dia. Imah juga mengadu yang Imah selalu muntah keluar lendir2 hijau. Saya pesan dekat Imah suruh pergi hospital dulu check apa yang patut tapi Imah cakap dia dah buat semua tu, doktor cakap semua normal. Imah pernah bagitau dia pernah cuba buat rawatan Islam di kampungnya, hasilnya seperti sekarang, badan kurus muka cengkung.
Kemudian saya kata dekat dia nanti saya cuba tolong ikhtiar apa yang patut. Imah bersetuju.
Then pada hari yang dijanjikan dengan Imah, saya pergi melawat Imah dekat rumahnya dengan bertemankan lecturer dan kawan-kawan, kami masuk ke dalam bilik Imah.
Imah tinggal dengan seorang kawan namanya Ina. Sewaktu saya melangkah masuk ke bilik Imah saya ada bau sesuatu yang kurang menyenangkan, bau macam bangkai. Kemudian saya tanya kepada lecturer dan kawan-kawan saya ada bau macam saya bau tak, semua kata ada.
Waktu itu saya dah rasa tak sedap hati. Berbekalkan tawakal dalam diri saya mengadap Imah dan cuba untuk scan badannya.
Dimulakan dengan lafaz bismillah saya cuba membaca ayat-ayat ruqyah, waktu itu badan Imah menggeletar kemudian bergoyang ke kekiri dan kekanan. Dengan secara tiba-tiba suara Imah berubah.
“Bakpe mu kacau aku?”
Saya tahu itu bukan suara Imah sebab Imah orang utara. Saya membalas dengan menguatkan lagi bacaan ruqyah. Imah menjerit
''Panas ! Panas ! Diam la kauuu!!!''
Yang ada waktu tu semua jadi diam, keadaan sunyi. Masing2 terkumat kamit baca ayatul kursi. Saya cuba berbicara dengan Imah
“Wahai makhluk yang disebalik tubuh ini, apa mahu mu ? Keluar kau musuh Allah. Keluar dari tubuh anak Adam ini”
Kemudian Imah bersuara,
“Dia milik aku, aku benci semua yang dia buat”
Kemudian saya memberi kata putus kepada makhluk tersebut
“Sama ada kau nak keluar atau kau aku bakar”
Saya teruskan bacaan ruqyah, keadaan masih berterusan hingga beberapa jam. Makhluk dalam badan Imah masih kuat melawan. Saya menguatkan lagi ruqyah sampai satu tahap makhluk ini mengalah.
Imah kemudian muntah, keluar dari tubuhnya serbuk2 kaca, lendir kuning dan rambut. Semua yang ada disitu malam itu melafazkan istighfar dan syukur kerana makhluk itu sudah keluar. Saya terperasan seorang tiada disitu, iaitu Ina teman sebilik Imah.
Keesokannya Imah diberi cuti rehat. Minggu itu berlalu seperti biasa.
Seminggu sebelum Imah pergi mengadap Illahi, Imah ada hantar satu pesanan ringkas kepada aku.
“Imah tau sapa yang buat Imah jadi macam ni, Ina yang buat. Sebab waktu kemas bilik Imah jumpa satu nota ada tulisan jampi serapah dalam jampi tu ada nama Imah. Kemudian waktu sebelum kamu semua datang untuk mengubat Imah, Ina ada cakap dia nak keluar, sebab dia kata dia panas."
Paling Imah terkejut Ina ada kumpul rambut, kuku dengan barang peribadi Imah dalam satu bekas.
Kenapa dia buat Imah macam ni ? Apa salah Imah ? Patut sejak akhir-akhir ni Ina macam kurang rapat dengan Imah dah”
Saya hanya mampu membalas
“Jangan fitnah dia, kita taktahu perkara sebenar”
Lepas beberapa bulan selepas tu, Imah meninggal disebab kompilasi dekat rahim dan buah pinggangnya. Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.