Monday, 8 August 2016

Filled Under:

SENSASI !! Saharul Ridzwan Sahkan Bakal NIKAH Deena Emir !! Habislah, Mesti Ramai Yang Heartbroken Ni..Lahai, Sweetnya gambar dorang lagi lagi gambar ke-2 Tuu..


Tahniah diucapkan kepada Saharul Ridzwan yang akan menamatkan zaman bujangnya bersama pilihan hati, Qaabila Deena Amir pada 16 September depan. Berita gembira itu telah disahkan sendiri oleh beliau dalam satu sidang media yang diadakan, sekaligus menjawab segala persoalan serta desas-desus mengenai berita perkahwinannya yang tersebar luas.

Dalam sidang media itu, Saharul memberitahu bahawa majlis akad nikah dijangkakan akan berlangsung secara tertutup di Masjid Sultan Zainal Abidin, Putrajaya. Diikuti dengan majlis resepsi yang turut akan diadakan pada hari yang sama. Manakala bagi resepsi khas untuk peminat pula akan dilangsungkan pada 18 Ogos ini di lokasi yang akan diberitahu kemudian.
“Saya sudah kenal lama dan kami pernah berkawan dahulu dan selepas itu kami buat hal masing-masing, tetapi jodoh sudah datang. Saya jumpa dia semula pada tahun ini iaitu pada tarikh 12 Januari. Masing-masing sudah matang dan saya mengambil keputusan untuk terus berkahwin. Perasaan cinta antara kami akan dikembangkan selepas berkahwin ini”
“Apa sahaja yang diperkatakan sebelum ini adalah betul. Saya tak pernah bertunang hanya berjumpa dengan keluarga sahaja. Kamu juga tidak pernah keluar berdating apatah lagi bercinta melalui media sosial. Kami hanyalah keluar untuk membuat persiapan perkahwinan,” katanya kepada Rotikaya menafikan dakwaan mengatakan beliau telah bertunang.
Sementara itu, apabila ditanyakan mengenai jumlah wang hantaran yang bakal diberikan pada hari bahagia meraka nanti, Saharul memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran itu kerana merasakan ianya merupakan sesuatu yang cukup sentimental bagi pihak mereka berdua serta adalah tidak sesuai untuk dikongsikan secara terbuka kepada umum.