Thursday 11 August 2016

Filled Under:

HEBAT!!! HEBAT!!!! ABRAJ KUDAI HOTEL TERBESAR DUNIA!!!!!.....ATASI...............

Hotel Abraj Kudai, yang kini dalam pembinaan berhampiran bandar suci Makkah, Arab Saudi akan memiliki 10,000 bilik, 70 restoran, 12 menara dan empat pad helikopter akan menjadi yang terbesar di dunia.

Abraj Kudai

Pembinaan hotel itu dibiayai oleh Kementerian Kewangan Arab Saudi dan kos membinanya dikatakan mencecah hampir RM14 bilion.

Dibina di kawasan padang pasir seluas 4.5 juta meter persegi, Abraj Kudai akan mempunyai menara setinggi 45 tingkat.

Ia akan dibuka kepada orang awam bagaimanapun, lima tingkat akan dikhususkan kepada keluarga diraja Saudi jika mereka mahu menginap di situ.

Abraj Kudai [2]

Di pekarangan hotel itu akan terdapat sebuah stesen bas, pusat beli-belah, restoran, gerai makanan, pusat persidangan dan tempat letak kereta.

Di bawah kubah besar dua daripada menara itu akan menempatkan sebuah dewan dan pusat konvensyen.

Sepuluh daripada menara berkenaan akan menyediakan layanan empat bintang sementara dua lagi lima bintang, khusus untuk pelanggan eksklusif.

Ketika ini, hotel terbesar di dunia berdasarkan jumlah bilik ialah First World Hotel di Genting Highlands, Malaysia, yang mempunyai 7,351 kamar, diikuti MGM Grand di Las Vegas, Amerika Syarikat dengan 6,198 bilik.

First World Hotel
First World Hotel.

Abraj Kudai terletak hanya dua kilometer dari Makkah, bandar suci yang menjadi tumpuan umat Islam untuk menunaikan ibarah umrah dan haji.

Selain bakal menjadi hotel terbesar di dunia berdasarkan jumlah bilik, Abraj Kudai boleh berbangga kerana akan memiliki kubah terbesar di dunia.

Ia dijangka dibuka secara rasmi pada 2017, namun pembinaannya mungkin terjejas kerana masalah ekonomi yang dihadapi Arab Saudi ketika ini. 

Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/2016/08/abraj-kudai-hotel-terbesar-dunia-atasi.html#ixzz4H0flG7ls 
Follow us: @SentiasaPanas on Twitter | SentiasaPanas on Facebook