Friday 12 August 2016

Filled Under:

HAHAAA BARU ADA AKAI...Bangla dibelasah penduduk kerana intai anak dara orang !!




SEORANG warga Bangladesh ditangkap dan dibelasah penduduk kampung kerana dipercayai mengintai anak dara di sebuah rumah di Kampung Mak Chili, Chukai, sambil memegang kemaluannya. - Foto Shamsudin Husin

CHUKAI: Gara-gara mengintai anak dara, seorang warga Bangladesh menerima padah ditangkap dan dibelasah penduduk kampung hingga lembik sebelum diserahkan kepada polis.

Dalam kejadian jam 8 malam di Kampung Mak Chili, Chukai, Rabu lalu, seorang penduduk kampung melihat suspek sedang mengintai anak dara di sebuah rumah sambil memegang kemaluannya.

Penduduk terbabit kemudian memaklumkannya kepada beberapa penduduk lain yang kemudian mengepung suspek, menangkap dan memukulnya.

Sumber berkata, gerak-geri lelaki itu diperhatikan penduduk sejak beberapa hari lalu dan menimbulkan kebimbangan kepada mereka.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Katanya, suspek yang ditangkap penduduk kampung diserahkan kepada polis.

"Lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan," katanya.


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 720x960.

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 720x960.